Sabtu, 16 Januari 2016

Tonton Online Sha & Shah | best sangat..

SHA & SHAH |
Amboih.. kemain yea .. minat citer cintan cintun pulok dia yeaa.. ngeh3.. ha2.. takpe.. tengah ada mood nak nengok.. apa salahnya kan.. hehehe.. Ok lah.. rasanya ramai yang minat dan suka negok drama cintan cintun yang ala-ala komedi ni kan.. haa.. nin diaaa.. Video/Drama Pilihan teman kali ni.. jom nengok.. tQ kat moviesinfobsyokv2.net .. jom singgah moviesinfobsyokv2.net .. ada banyak citer best kat sana.. terbaekk..

Drama terbaru adaptasi novel 'Sha & Shah' karya karya Sha Ibrahim bakal menemui penonton pada awal tahun 2016 nanti menggantikan drama Tersuka Tanpa Sengaja. Dibintangi oleh Syatilla Melvin dan Kamal Adli sebagai teraju utama. Drama terbitan MIG Pictures Sdn Bhd arahan Eyra Rahman. Drama romantik komedi tersebut bakal bersiaran mulai 4 Januari 2016, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : SHA & SHAH
EPISOD : 16 EPISODE? (I DONT KNOW)
TARIKH / MASA : 4 Januari 2016 (Isnin-Khamis, 10 malam)
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
NOVELIS : Sha Ibrahim
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan

Lagu : Hati-Hati
Artis : Amira Othman

Ganti Drama Tersuka Tanpa Sengaja - bookmark.. nanti nak nengok.. 


SINOPSIS PENUH SHA DAN SHAH
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummy-nya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? Sha dan Shah kisah persahabatan dalam perkahwinan

(TUBE VERSION )

= Tonton SHA DAN SHAH FULL EPISOD =

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16-






-


-------

Komen dari Teman sendiri.. teman sukakan Drama ni.. sebab.. teman minat gak kat Kamal Adli.. eh.. bukan minat dia.. tapi minat lakonan dia yeeee... teman suka gak tengok gaya lakonan dia .. bersahaja je.. dari start dia mula berlakon (masa tu kurus lagi) sampai la sekarang dah momok.. hehehe..

Best gak citer yang diadaptasi dari Novel ni.. eh baru perasan nama watak dalam drama ni sama dengan Penulis Novel ni.. Novelis Sha Ibrahim.. ehem2.. based on true story ke.. hihihi.. wink2.. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tq sudi singgah sini.. jemputlah singgah lagi yea.. jemput komen sekali.. =)